Wednesday, November 26, 2014

LIRIK & LAGU KEMANUSIAAN





Lagu         : Aku
Penyanyi  : Najwa Latiff


Ku dengar tangisan disana,
Menangis memanggil ibunya,
Ku lihat air mata disana,
Melihat perjuangan ayahnya.


Tiada siapa yang akan mengerti,
Rasa kehilangan yang ada di sisi,
Perginya si Raja, hilangnya Permaisuri,
Hanya untuk melindungi kasih sayang abadi.


Kulihat awan yang sepi,
Ketakutan sentiasa menghantui,
Jeritan dan tangisan yang tidak didengari,
Semuanya bagaikan suatu mimpi, mimpi yang tak pasti.


Ingatlah dunia hanya sementara,
Tuhan yang Esa adalah segala-galanya,
Walau kau disiksa, walau kau dihina,
Percayalah Tuhan selalu ada.


Ingatlah dunia hanya sementara,
Tuhan yang Esa adalah segala-galanya,
Walau kau disiksa, walau kau dihina,
Percayalah Tuhan selalu ada.


Ku dengar tangisan disana,
Menangis memanggil ibunya,
Ku lihat air mata disana,
Melihat perjuangan ayahnya.



Komen/Ulasan :

'Menangis memanggil ibunya'

'Tiada siapa yang akan mengerti,'


'Rasa kehilangan yang ada di sisi'

Lagu ini menceritakan tentang seoarang anak yang kehilangan ibubapanya akibat peperangan yang berlaku. Kedua dua ibu bapanya telah terkorban akibat dibunuh oleh orang yang tidak berhati perut. Hak anak tersebut untuk mendapatkan kasih sayang, hak ibu bapa untuk terus hidup telah dirampas oleh oleh orang yang tidak bertanggungjwab.Hal ini telah melanggar hak kebebasan asasi mangsa.
Thanks for coming. Psst, I Love You :)

No comments:

Post a Comment